"" " "
Ahmad Rifa' i

Seorang Doktor Remaja :')

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Tuesday 4 June 2013

Petua Imam Shafie :)



Empat perkara menguatkan badan 

1. Makan daging 
2. Memakai haruman 
3. Kerap mandi 
4. Berpakaian dari kapas 


Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. Selalu cemas 
3. Banyak minum air ketika makan 

4. Banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan Mata

1. Duduk mengadap kiblat 
2. Bercelak sebelum tidur 
3. Memandang yang hijau 
4. Berpakaian bersih 


Empat perkara merosakkan Mata

1. Memandang najis 
2. Melihat orang dibunuh 
3. Melihat kemaluan 
4. Membelakangi kiblat 


Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong 
2. Rajin bersugi (gosok gigi) 
3. Bercakap dengan orang soleh 
4. Bergaul dengan para ulama 


TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.

TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.

TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan. 

TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH..... 

Assalammualaikum saudara seislam...

Bacalah Email ini dari sahabat yang menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . 
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 
'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .. 
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. 

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, 
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. 

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia mel ain kan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! 

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......

Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! 
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.' 

* Kalau rajin* Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara 
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Waallahualam :)


Thursday 30 May 2013

KPop: Jihyun 4Minute Terus Menari Walaupun Baju Dalam Tertanggal


Malang dan memalukan. Itu Insiden yang dialami ketua kumpulan 4Minute, Jihyun apabila baju dalamnya tiba-tiba tertanggal disaat mereka sekumpulan sedang rancak membuat persembahan di program Music Bank, minggu lalu.
Ketika kejadian, dia bersama empat anggota lain sedang ligat menari di atas pentas mempersembahkan lagu What’s Your Name. Entah bagaimana, tiba-tiba branya (baju dalam) yang berwarna hitam, tertanggal.



Namun, Jihyun tetap profesional. Dia tetap meneruskan tarian dengan penuh bertenaga seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Melihat aksinya itu, para peminat terus memberikan kata-kata semangat kepadanya dan turut berpesan,”Kamu harus lebih hati-hati pada penampilan di masa akan datang. Jihyun, hwaiting!”




Tags : 


Credits : beautyofislams

Tuesday 14 May 2013

Dituduh Anak Derhaka : Afiq Muiz






KUALA LUMPUR, 14 MEI 2013: Ibu kandung kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Hasliza Mohd, 48, mendakwa anaknya kini sudah berubah seperti anak derhaka sejak bergelar pelakon.

Menurut laporan , ibunya mengakui bahawa Afiq Muiz, 20, sudah melupakan pengorbanan ibunya yang selama ini mencari pendapatan dengan menjual burger untuk membantunya berjaya dalam dunia seni.

"Dia sudah berubah... seperti anak derhaka. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu,

Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq, 20, yang disifatkannya sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.

Malah pelakon remaja itu juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain.

Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.

Lebih daripada itu ibu ini mendedahkan, dia turut menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih Afiq yang berbaur ugutan dan kasar bahasanya. Lebih terharu lagi, Hasliza hanya mengetahui kononnya Afiq hendak berumahtangga menerusi laporan media.



Monday 6 May 2013

Cara Pantas Dan Mudah Meningkatkan Page Rank Anda :)


Kali ini saya mahu ajak anda semua untuk memanfaatkan kedahsyatan faktor dan kelajuan penyebaran ini dalam bentuk Backlink Percuma. Cara Meningkatkan PageRank dan Traffic Blog dengan cepat ternyata cukup mudah. Yang perlu anda lakukan adalah meletakkan link-link berikut ini di blog atau artikel atau COPY je terus artikel ini  ke Blog anda :)

Ikut step by step ye :)





1. Google
2. Yahoo
3. Alexa
4. Webmaster Tool
5. Bing
6. Msn
7. Ask
8. Aneuk Cabak
9. Jss Tripler
10.Ahmad Rifa'i


Cara caranya :
Pertama , anda letakkan link blog anda seperti susunan diatas , yang terpenting jangan sampai linknya hilang , kemudian anda hapus nombor ke 1 dari senarai, sehingga semua peserta naik 1 level.Yang berada di nombor 2 jadi nombor 1, nombor 3 jadi 2, dst. Contoh Alexa menjadi nombor 2 dan nombor 1 adalah Yahoo . Masukkan link blog anda di kedudukan nombor 10 atau paling bawah . Hasilnye jadi macam ni !


1. Yahoo
2. Alexa
3. Webmaster Tool
4. Bing
5. Msn
6. Ask
7. Aneuk Cabak
8. Jss Tripler
9. Ahmad Rifa'i
10. ( BLOG ANDA )


Jika tiap - tiap peserta mampu mengajak 5 orang saja, maka jumlah backlink yang akan didapati adalah

Ketika posisi blog anda 10, jumlah backlink = 1
Posisi 9, jml backlink = 5
Posisi 8, jml backlink = 25
Posisi 7, jml backlink = 125
Posisi 6, jml backlink = 625
Posisi 5, jml backlink = 3,125
Posisi 4, jml backlink = 15,625
Posisi 3, jml backlink = 78,125
Posisi 2, jml backlink = 390,625
Posisi 1, jml backlink = 1,953,125
dst.


Dah jadi !! Silakan COPY PASTE je artikel Cara Menaikkan Page Rank  ini, dan hilangkan peserta nombor 1 lalu tambahkan link blog/website anda di posisi 10. Ingat, anda harus mulai dari posisi 10 agar hasilnya maksima.
Good Luck !!


Tags : Cara Pantas Dan Mudah Meningkatkan Page Rank Anda , Cepat , Efektif , SEO



Sunday 5 May 2013

Cara Giler 100% Menaikkan Page Rank dan Site Link in Alexa



Cara Meningkatkan Page Rank dan Site Link in Alexa dan speed "traffic blog", hanya diperuntukkan bagi anda yang menginginkan PageRank tinggi dan traffic blog yang sangat banyak secara instant. Cara meningkatkan PageRank dengan cepat atau traffic blog speed adalah dengan cara penyebaran link menggunakan sistem Multi Level Marketing? Kedengaran aneh ya? Tapi sangat berkesan .. tak percaya? buktikan saja Tips ini .. "Cara Meningkatkan Pagerank" atau bahasa lain Teknik SEO


Kali ini saya mau cuba ajak anda semua untuk memanfaatkan kedahsyatan faktor kali dan kelajuan penyebaran ini dalam bentuk Backlink Percuma. Cara Meningkatkan PageRank dan Traffic Blog dengan cepat ternyata cukup mudah. Yang perlu anda lakukan adalah meletakkan link-link berikut ini di blog atau artikel atau silakan langsung COPY artikel ini semuanya ke Blog anda .


1.     Ahmad Rifa'i
2.     Alvin Celebration
3.     TKJ Forum

4.     ROBZ-HITZ
5.     planktoon blog
6.     1goblog
7.     koclokindo
8.     Tourism
9.     Chequita Chiproet
10.    PKBM Cibanggala 
11.    Tips Blogging
12.    Tips dan Trik SEO blogging
13.    Cheat Ninja Saga
14.    Free Download Game
15.    Cara Membuat Blog
16.    Bisnis Investasi Terbaik
17.    Bisnes Internet
18.    Artikel Gratis
19.    Intuisiblog
20.    SEOjaguars
21.    Iklan baris
22.    Blogobusiness
23.    Rosandika
24.    Zona Tutorial Blog
25.    Xpress Community
26.    XkresssX Technology | Blogger
27.    Kevin
28.    Sektim
29.    Siqerenda
30.    Pekalongan Community | Cheat PB
31.     Balyan
32.    ( Link Blog Anda )



Cara caranya :
Pertama , anda letakkan link blog anda beserta anchor text seperti susunan diatas , yang terpenting jangan sampai linknya hilang , kemudian anda hapus nombor ke 2,3 dari senarai, sehingga semua peserta naik 1 level.Yang semula berada di nombor 1 jadi nombor 2, nombor 2 jadi 3, dst. Contoh Ahmad Rifa'i blog menjadi nombor 2 dan nombor 1 menjadi blog anda . Masukkan link blog anda di kedudukan nombor satu atau paling atas sekali .



Jika tiap peserta mampu mengajak 5 orang saja, maka jumlah backlink yang akan didapati adalah

Ketika posisi blog anda 1, jumlah backlink = 1
Posisi 2, jml backlink = 5
Posisi 3, jml backlink = 25
Posisi 4, jml backlink = 125
Posisi 5, jml backlink = 625
Posisi 6, jml backlink = 3,125
Posisi 7, jml backlink = 15,625
Posisi 8, jml backlink = 78,125
Posisi 9, jml backlink = 390,625
Posisi 10, jml backlink = 1,953,125
dst.



Nah !! Silakan copy paste artikel Cara Menaikkan Page Rank  ini, dan hilangkan peserta nombor 2,3 lalu tambahkan link blog/website anda di posisi 1. Ingat, anda harus mulai dari posisi 1 agar hasilnya maksimal.
I Wish You Luck !!


Tags : Cara Giler 100% Menaikkan Page Rank dan Site Link in Alexa , cara meningkatkan page rank berkesan , SEO efektif



Saturday 4 May 2013

Cara lajukan / tweaks Utorrent 3.1.3 , 3.2


Kali ini aku akan menonjolkan cara untuk melajukan atau dlam bahase umum tweaks utorrent 3.1.3 / 3.2 .. Cara ini aku ambik dari youtube jah xD ... Tapi memang jadi .. Ikut step by step !! 





Video ini dikreditkan kepade Ashok .. Kalau ade ape ape masalah , boleh bertanye di komen InsyaAllah kalau ak ad mase ak jawab .. Ok bye :) 



Tags : 


          

Wednesday 20 March 2013

Ops Daulat dilancarkan kerana pengganas ancam kedaulatan negara: PAT



LAHAD DATU: Malaysia tidak akan berlembut jika kedaulatannya diancam dan akan mengambil tindakan sama seperti negara berdaulat lain.

Ketika menegaskan perkara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, tindakan memerangi pengganas militan dari selatan Filipina diambil kerana kumpulan penceroboh terbabit memberi ancaman kepada keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara. 
"Ini satu manifestasi kita satu negara dan rakyat yang mencintai keamanan," katanya pada sidang media bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi FELDA Sahabat 16 dekat sini, hari ini. 


Zulkifeli berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan dan kedamaian sebelum ini memberi masa yang panjang untuk menyelesaikan kemelut itu melalui rundingan dan meminta pengganas berundur dari negara ini.

"Itu hasrat kita tapi tiada petunjuk pengganas mahu menyelesaikan perkara ini secara aman menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil tindakan sepatutnya," katanya.

Beliau turut menjelaskan sebab kerajaan mengambil masa yang lama untuk menggerakkan tindakan terhadap kumpulan militan itu.

"Ini dasar kita sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan dan kedamaian, maka kita berunding dan langkah ini terbukti bahawa kerajaan tidak mahu berlaku pertumpahan darah," katanya. 
Beliau berkata, kerajaan Malaysia terbukti sebuah negara yang mencintai keamanan apabila terbabit di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang banyak menyelesaikan konflik pihak bertelagah termasuk di selatan Filipina membabitkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). - BERNAMA


Apex: Leuniey Tak Mengandung, Terima Kasih Doakannya!





KUALA LUMPUR, 20 MAC 2013: Selepas isteri Khairul Fahmi Che Mat, Leuniey Natasha diusik pereka fesyen Ezuwan Ismail di laman twitternya, ramai menyangka bahawa pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Bagaimanapun, penjaga gol kebangsaan yang senang disapa panggilan Apex menegaskan bahawa isterinya itu masih belum mengandung lagi.

"Isteri saya masih belum mengandung lagi. Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakannya. Insya-Allah, saya akan berkongsi berita gembira ini nanti. Namun, setakat ini masih belum ada rezeki lagi.

"Apapun, terus-terang, kami memang menginginkan anak cepat. Sekali lagi, terima kasih kepada semua orang yang mendoakannnya," katanya
Menjelaskan lanjut mengenai berita ini, Apex tidak menyalahkan sesiapa jika ada yang beranggapan bahawa Leuniey sedang hamil ketika ini. .

Sebaliknya, Apex menganggap ini sebagai satu doa yang dari peminat yang tidak henti-henti menyokong kariernya.

"Seperti yang semua sudah sedia maklum, sangkaan ini timbul selepas isteri saya diusik Ezuwan Ismail. Saya tahu, semua orang menantikan berita gembira ini. Begitu juga saya dan Leuniey serta keluarga.

"Apapun, saya akan umumkannya kepada semua jika benar isteri saya sudah mengandung," jelasnya.

Difahamkan, Apex yang dilantik sebagai duta IM4U bakal menyertai kempen IM4U yang bakal diadakan di Putrajaya Ahad ini mulai jam 7 pagi. Oleh itu, Apex menyarankan peminatnya untuk turut serta program yang turut disertai Perdana Menteri Malaysia.




Rajagobal 'hala pisau' di leher



Kecewa tiada penyerang berbisa, kritik Liga-M benarkan pemain import

Shah Alam: Mungkinkah nasib Datuk K Rajagobal akan sama seperti dialami bekas jurulatih negara, B Sathianathan yang pernah dipecat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara tindakan mengkritik ‘Liga Malaysia bukan bola sepak’ pada 2009? 

Persoalan itu menjelma selepas pengendali skuad Harimau Malaya itu seakan-akan mempertikaikan keputusan badan induk membenarkan pemain import beraksi dalam Liga-M sehingga skuad bimbingannya ketandusan penyerang berbisa ketika tewas kepada Arab Saudi 4-1 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam kelmarin. 

"Di sini kita boleh nampak yang kita tidak ada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Tetapi inilah yang kita ada dan kena sedar satu gol yang kita dapat hari ini (kelmarin) adalah daripada Safiq Rahim, bukannya daripada penyerang kita." Rajagobal


Ketika pertembungan penting menentang Yaman dalam Kelayakan Piala Asia 2015 hanya berbaki tiga hari lagi Rajagobal menyuarakan betapa dia sudah ‘ketiadaan penyerang’ untuk mendapatkan gol untuk skuad Harimau Malaya.

Penyerang tak ada

“Di sini kita boleh nampak yang kita tidak ada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Tetapi inilah yang kita ada dan kena sedar satu gol yang kita dapat hari ini (kelmarin) adalah daripada Safiq Rahim, bukannya daripada penyerang kita.
“Kita kena buat sesuatu dan tahu situasi yang dihadapi sekarang. Kalau dibandingkan dengan Arab Saudi, mereka memiliki penyerang berbisa serta memiliki kemahiran yang baik.

Raja harap Wan Zack pulih segera

“Sekarang hanya Norshahrul Idlan Talaha penyerang sejati yang kita ada. Kamu boleh lihat, siapa penyerang dalam pasukan terbaik liga tempatan sekarang? Semua orang ada pendapat mereka tetapi bukan senang nak main di peringkat tinggi yang berbeza dari segi tahap dengan liga tempatan,” katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Bagaimanapun, Rajagobal berpuas hati dengan beberapa pemain yang diturunkan termasuk kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya dan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

“Kita kena yakin dan saya fikir kita ada tanda positif dalam separuh masa kedua. Baru kali pertama bermain, dia (Badhri) menunjukkan prestasi baik. Walaupun hanya 45 minit, saya berpuas hati dengan persembahan Piya termasuk Norazlan.

“Saya harap, Wan Zack Haikal Wan Nor dapat kembali dan kami memang perlukannya. Saya harap dia pulih dengan cepat kerana kalau kita nak main lebih kepada menyerang, kita perlukan pemain seperti ini,” katanya.



Jamalul Arah Tembak dan Lari





MANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) menyatakan para pengikutnya tidak akan berundur dari Sabah dan sekali gus mengarahkan mereka melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia, lapor akhbar The Philippine Star semalam.
Jamalul Kiram kelmarin berkata, para pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya, Azzimuddie Kiram berada di tanah air mereka (Malaysia).
“Mereka sudah berada di tanah air mereka (Malaysia), justeru kenapakah perlu pulang?” katanya kepada wartawan di kediamannya di bandar Taguig dekat sini.
Sementara itu, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani pula berkata, perjuangan di Sabah akan diteruskan.
Menurut beliau, gencatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Jamalul Kiram baru-baru ini telah ditarik balik dan para pengikutnya telah diarah untuk melaksanakan operasi ‘tembak dan lari’ terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Idjirani turut mendakwa Azzimuddie dan para pengikutnya masih berada di Sabah.



Kate: Saya Mahu Lelaki, Tapi William Inginkan Perempuan





LONDON, 19 MAC 2013: Sedang menunggu masa untuk memperolehi cahayamata pertama, Kate Middleton mengakui bahawa dia kalau boleh mahukan anak lelaki tetapi suaminya, Prince William pula lebih suka kalau mereka mendapat anak perempuan.

Duchess of Cambridge yang berusia 31 tahun ini berkata demikian ketika memperkatakan tentang persediaannya menjadi seorang ibu kepada Irish Guards di perarakan St Patrick baru-baru ini.

Guardmans Lee Wheeler berkata: "Saya berbual dengan dia (Kate) mengenai anak yang dikandungnya. Saya tanya sama ada ianya lelaki atau perempuan dan dia kata dia belum tahu.

"Namun dia kata, dia lebih suka anak lelaki tetapi William pula mahukan anak perempuan. Selalunya macam itulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri.

"Kemudian, saya tanya lagi, sudahlah dia memiliki beberapa nama untuk anaknya. Dia kata tidak. Saya kira dia lebih tunggu dan lihat serta memilih nama-nama yang tradisional," kata Wheeler.

Kate kini sedang hamil lima bulan setengah dan dia juga nampaknuya sudah tidak sabar untuk bergelar ibu dan dia juga memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk berjaga malam untuk anaknya nanti.



KesSahNya : Rahsia Rumahtangga Aidil - Rita Dibongkar





KUALA LUMPUR, 19 MAC 2013: Meksipun kes rumahtangga rumahtangga pasangan Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan sudah lama menjalani perbicaraan di mahkamah, namun kisah mereka masih lagi menjadi bualan hangat media termasuk portal murai.com.my.

Malah dalam Carta KesSahNya pada minggu ini, cerita mereka sahaja sudah mendominasi di antara 3 artikel yang menerima jumlah pembaca paling ramai.Namun, adakah artikel mengenai Rita Rudaini dan suaminya boleh menjadi juara Carta KesSahnNya minggu ini?

Semuanya akan terbongkar dalam video KesSahNnya minggu ini kerana terdapat sebuah arikel lagi mengenai pelakon Diana Danielle yang berada di carta teratas KesSahNya.

Selain itu, bagi segmen Seleb Vs GengMurai pula, artis yang terpilih pada minggu ini adalah Farid Kamil. Dengarnya Farid Kamil terpaksa meminta maaf secara terbuka. Tetapi berkenaan apa pula?

Semua teka-teki itu akan terjawab jika anda menonton KesSahNya minggu ini bersama hos Ieka dalam merungkai satu persatu mengenai artikel yang menjadi pilihan ramai pembaca di murai.com.my




Monday 18 March 2013

Cara buat DUIT SAMPINGAN dengan Churp - Churp


ASSALAMUALAIKUM :)


Apa itu churp - churp ?? Pebender tuh o.o  .. Hahahahha , sbenarnye churp - churp ni same je macam nuffnang tapi earning dia ni senang dpat . Kalau nuffnang lmbt skit tapi kalau dngan churp - churp ni kite share campaign yg dia bagi dan terus dapat duit sen - sen lah .. Tak lah bnyak tapi berbaloi untuk buat duit poket . Kalau yg ad blog dan ramai fans tuhh memang rugi lah kalau tak letak .. Syukur Alhamdullilah semakin hari semakin naik earning :D Tngok contoh kak lyssa ni ! Contohnye mcam ni SEPAK SINI




NAK REGISTER KE ?? BOLEH SNGAT !! NAK PIKIR DULU ?? TAK PAYAH PIKIR - PIKIR SEBB TAKDE RISIKO !! DAN DAPAT TAMBAH DUIT POKET !! 

Nak DAFTAR ?? OK KLIK SINI cepat - cepat !! 


1. Cuba korang Log in Churp - Churp korang sekarang , bagi yang sudah daftar ...

2. Dah kan ? Now , korang tekan Rewards !

3. Pilih campaign .

4. Scroll bawah and click save and copy . Lepas tu share lah dekat kengkawan :D


Tengah terpikir - pikir lagi nak Daftar ke tak ??! Tak payah lah fikir - fikir lagi . DAFTAR TERUS JE KAT SINI !  :D Selamat Mencuba :)

Insearch : 


Untuk Peminat, Aktor Lee Min Ho Jadi Penyanyi





SEOUL, 17 MAC 2013: Demi membalas jasa kesetiaan peminat yang tidak henti-henti menyokong kariernya sebagai pelakon, aktor kacak dari Korea Selatan, Lee Min Ho bakal menjadi penyanyi profesional untuk peminatnya di seluruh dunia.

Perkara ini telah disahkan pihak pengurusan Lee Min Ho iaitu Starhaus Entertainment yang telah mengumumkannya pada 14 Mac 2013.

"Pada Mei ini, kami akan pasarkan sebuah album Lee Min Ho bersempena siri penjelahan Lee Min Ho yang akan dimulakan di Korea dan berakhir di beberapa lokasi luar negara pada penghujung Mei," kata wakil dari Starhaus Entertainment.

Bagaimanapun, pihak pengurusan menjelaskan dengan wujudnya album ini, ia bukan bermakna Lee Min Ho akan bergelar penyanyi secara profesional. Faktor utama album ini diterbitkan sebagai pelengkap dan memenuhi permintaan peminatnya.

Difahamkan, pelakon drama City Hunter telah memilih lokasi penjelahan iaitu China, Jawapn, Taiwan, Thailand dan Filipina.

Apa yang pasti, untuk album ini, Lee Min Ho telah membuat persiapan dan proses rakaman sejak dua tahun lalu. Wang jualan album ini akan didermakan kepada badan kebajikan yang terpilih.

"Saya hanya membuat hadial kecil untuk peminat saya. Saya harap ia menggembirakan semua. Saya telah buat yang terbaik dalam lakonan dan terus memperbaiki mutu lakonan saya. Terima kasih kerana sokong dan menyayangi saya," kata Lee Min Ho.




Sunday 17 March 2013

Tutorial : Letak LIKE FANPAGE FACEBOOK dalam Blog



Assalamualaikum :)


Kali ni ak nk ajar korang macam mane nak letak Like Fanpage Facebook dalam Blog korang .. Sangat mudah dan nk pasang dia macam kacang .. Kacang Hijau xD 
Tngok step - step bawah ni :D


1. Pergi Bukak Fanpage Facebook korang .

2. Tengok di bahagian atas sekali , link/address Fanpage korang . Copy Link tu.

3. Now , (KLIK SINI)

4. Pastu dia Keluar Macam ini : ( Pastekan link fanpage korang tadi )


Warna Merah : URL Fanpage koranglah .
Warna Biru    : Besar mane korang nak .. Pandai2 lah ejas xD

5. Then , Tekan Get Code !

6. Copy Code Tersebut Terlebih dahulu . Sebelum Copy , Tick bahagian ini :


7. Dan cara letak pulak .. Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

8. Copy code tadi , and paste kat ruangan html/javascript tu ;)

9. Pastu preview .. Kalau dah jadi tekan save cepat - cepat xD

Kalau ada sebarang masalah jgan segan - segan nk komen :D   Chauuuuu Lu !




Aeril Zafrel Sah Berlakon Filem Hollywood





KUALA LUMPUR, 15 MAC 2013: Aktor Aeril Zafrel hari ini mengesahkan pembabitannya sebagai pelakon dalam sebuah filem Hollywood. Lebih menarik lagi, aktor berusia 26 tahun ini dikhabarkan akan bergandingan dengan pelakon handalan Christina Ricci dan Sharon Stone.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari berkata, pembikinan filem itu sedang diadakan di London namun dia tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai filem itu kerana terikat dengan perjanjian dengan pihak produser.

Menceritakan pengalaman bagaimana dia terpilih, Aeril berkata seorang kenalannya di London meminta dia menghantar profil kerjayanya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak produser terus menghubungi aktor itu kerana mendapati dia menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu.

"Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser," katanya.

Dalam pada itu, Aeril turut mengakui gambar seorang lelaki di samping Christina adalah dirinya dan ia dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem berkenaan.

Aeril berkata, muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal filem romantik itu yang menjalani penggambaran di London, England.

"Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina (Ricci) dalam gambar itu diri saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem terbabit yang masih belum ada judul rasmi.

Penggambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun ini.

"Saya rasa macam bermimpi apabila dapat berlakon dengan produksi Hollywood selain pelakon besar seperti Christina dan Sharon," katanya lagi.




Malaysia jumpa Juara Dunia Australia di Final





Image © AFP 
Jali Faiz Helmi (kanan) cuba merampas bola daripada pemain India, Mandeep Singh.

IPOH, (BERNAMA) - Malaysia layak buat kali keempat pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 selepas seri 2-2 dengan India pada perlawanan akhir pusingan awal di sini, malam ini.

Malaysia akan berdepan dengan juara dunia Australia pada final esok.

Australia menamatkan saingan pusingan awal dengan rekod tanpa kalah apabila menungguli kedudukan dengan 11 mata manakala Malaysia turut mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengutip sembilan mata di tangga kedua.

Malaysia, yang tidak pernah menjuarai kejohanan ini sejak 1983, kali terakhir kalah kepada Australia 3-1 pada final edisi 2007.

Kali terakhir Malaysia ke final ialah pada 2009 apabila kalah 3-1 kepada India dan tahun lepas menduduki tangga keenam daripada tujuh pasukan.

Selepas Australia mengesahkan tempat ke final dengan mengalahkan juara bertahan New Zealand 3-2, kedudukan Malaysia sudah terjamin namun anak buah Paul Revington tetap mempamerkan aksi cemerlang menentang India.

Pasukan yang diketuai Mohd Shahrun Nabil mendahului perlawanan seawal minit keenam menerusi Faisal Saari yang menyempurnakan pukulan sudut penalti.

India bagaimanapun seolah-olah tidak membenarkan Malaysia melalui jalan yang mudah apabila menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mandeep Singh pada minit ke-20.

Persembahan pada separuh masa kedua, pasukan negara dilihat dapat menyerap paluan gendang, sorakan serta nyanyian semangat sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi lebih 12,000 penonton yang memenuhi setiap ruang Stadium Azlan Shah di sini.

Malaysia kemudian dilihat mengendurkan serangan ke atas pintu gawang pasukan India yang dketuai Danish Mujtaba apabila tidak banyak  melakukan percubaan berbahaya berbanding pada separuh masa pertama.

Gol daripada Rupinder Pal Singh yang menyempurnakan pukul sudut penalti pada minit ke-48 menggegarkan gawang Malaysia yang dikawal  S.Kumar, sekali gus meletakkan anak buah Nobbs Michael Jack di hadapan.

Dua minit sebelum perlawanan tamat, pasukan negara diberikan pukulan sudut penalti, bagaimanapun ia disia-siakan. Sejurus selepas itu  Malaysia diberikan pukulan penalti dan berlaku pertikaian daripada pemain India.

Faisal Shaari akhirnya memuktamadkan rekod tanpa kalah pasukan negara menerusi pukulan penalti selepas pengadil Lim Jung Woo dari Korea ZSelatan tetap dengan keputusan berkenaan dan ia membuatkan penjaga gol India, Sushat Singh tersungkur.

Pada sidang media selepas perlawanan tamat, Revington berkata anak buahnya memperlihatkan peningkatan dalam permainan dan India juga mempamerkan saingan
yang baik.

Bagi perlawanan esok, katanya sudah tentu ia satu perlawanan yang sukar memandangkan Australia berada di ranking kedua dunia manakala Malaysia di tangga ke-13, bagaimanapun pasukannya akan mempamerkan usaha dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi.

Bagi Faisal pula berjanji beliau dan seluruh pasukan negara akan mengawal permainan sebaik mungkin dan mahu penyokong memberikan sokongan tidak berbelah bahagi untuk menjuarai kejohanan itu buat kali pertama menerusi final pada malam esok.

Pada perlawanan sebelah petang, Korea Selatan dan Pakistan sekadar seri 2-2.




Rajagobal tuntut aksi mantap Anak buah





Image © AFP
Malaysian Head coach Datuk K Rajagobal (L) and team captain Safiq Rahim attend a pre match press ahead of their FIFA World Cup Asian qualifier 2014 in Singapore on July 22, 2011.

PETALING JAYA, (Bernama) - Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal mencabar pemain skuad Harimau Malaya membuktikan kebolehan mereka ketika menentang Arab Saudi pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam,  malam esok.

Beliau berkata pemain yang diberi peluang beraksi perlu mempamerkan persembahan terbaik masing-masing bagi mengukur persiapan mereka untuk menentang Yemen dalam perlawanan penting Kumpulan D pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di venue yang sama pada 22 Mac.

Malaysia kalah 2-0 kepada Qatar pada perlawanan pembukaan pusingan kelayakan kejohanan itu di Al-Sadd Stadium, Doha, pada 6 Feb lepas.

"Saya tak mahu pemain memandang ringan perlawanan ini kerana ia merupakan perlawanan penting untuk saya menilai prestasi mereka menjelang pertemuan penting dengan Yemen nanti.

"Perlawanan ini juga memberi peluang terbaik kepada anak buah saya untuk membuktikan kebolehan mereka apabila menentang antara pasukan terkuat Asia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma FAM, di sini, hari ini.

Rajagobal berkata tiga pemain Harimau Malaya tidak dapat beraksi pada perlawanan malam esok kerana cedera dan mereka ialah pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Nor, pemain pertahanan Angkatan Tentera Amiridzwan Taj Tajudin serta pemain pertahanan Kelantan Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim.

"Wan Zack dan Amiridzwan cedera ketika menjalani latihan pusat di sini, manakala Mohd Shahrul Azim cedera teruk di bahagian buku lali ketika beraksi pada Piala AFC menentang Kelantan baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, wakil Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) Khalied Al-Woeiser berkata perlawanan persahabatan itu merupakan sebahagian daripada persiapan Arab Saudi untuk bertemu Indonesia bagi perlawanan Kumpulan C Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 23 Mac.

"Kami pilih Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan kerana negara ini mempunyai persamaan daripada segi cuaca dengan Indonesia dan jurulatih kami (Juan Ramon Lopez Caro) akan menurunkan barisan pemain terkuat ketika menentang Malaysia sebagai persiapan kami untuk bertemu Indonesia," katanya.  

Kini, Arab Saudi menduduki tangga teratas bagi Kumpulan C setelah mengalahkan China 2-1 di Damman, Arab Saudi pada 6 Feb.




Seorang pengganas ditahan di Felda Sahabat hari ini - Polis






LAHAD DATU, (Bernama) - Pihak keselamatan negara berjaya menahan seorang individu dipercayai pengganas dari Sulu di kawasan Felda Sahabat di sini hari ini.

Tanpa menyatakan lokasi militan itu ditahan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pengganas tersebut ditangkap pukul 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar, di sini hari ini.

Hamza berkata sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang.

Menurutnya operasi penggeledahan, menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok.

Penduduk kampung dan media juga diingatkan supaya tidak memasuki kampung itu kerana dipercayai musuh kini bergerak dalam kumpulan kecil dengan jumlah keseluruhan pengganas yang tinggal dianggar kurang daripada 50 orang.

"Dalam konteks ini kerjasama masyarakat dan orang ramai diperlukan terutama menyalurkan maklumat supaya saki-baki pengganas dapat ditangkap atau dihapuskan," katanya.

Hamza berkata pasukan keselamatan juga sedang berusaha mengeluarkan 10 mayat pengganas yang masih berada di Kampung Tanduo.

Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.

"Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya.



Copyright By Ahmad Rifa' i