"" " "
Ahmad Rifa' i

Seorang Doktor Remaja :')

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Wednesday 20 March 2013

Ops Daulat dilancarkan kerana pengganas ancam kedaulatan negara: PAT



LAHAD DATU: Malaysia tidak akan berlembut jika kedaulatannya diancam dan akan mengambil tindakan sama seperti negara berdaulat lain.

Ketika menegaskan perkara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, tindakan memerangi pengganas militan dari selatan Filipina diambil kerana kumpulan penceroboh terbabit memberi ancaman kepada keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara. 
"Ini satu manifestasi kita satu negara dan rakyat yang mencintai keamanan," katanya pada sidang media bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi FELDA Sahabat 16 dekat sini, hari ini. 


Zulkifeli berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan dan kedamaian sebelum ini memberi masa yang panjang untuk menyelesaikan kemelut itu melalui rundingan dan meminta pengganas berundur dari negara ini.

"Itu hasrat kita tapi tiada petunjuk pengganas mahu menyelesaikan perkara ini secara aman menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil tindakan sepatutnya," katanya.

Beliau turut menjelaskan sebab kerajaan mengambil masa yang lama untuk menggerakkan tindakan terhadap kumpulan militan itu.

"Ini dasar kita sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan dan kedamaian, maka kita berunding dan langkah ini terbukti bahawa kerajaan tidak mahu berlaku pertumpahan darah," katanya. 
Beliau berkata, kerajaan Malaysia terbukti sebuah negara yang mencintai keamanan apabila terbabit di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang banyak menyelesaikan konflik pihak bertelagah termasuk di selatan Filipina membabitkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). - BERNAMA


Apex: Leuniey Tak Mengandung, Terima Kasih Doakannya!





KUALA LUMPUR, 20 MAC 2013: Selepas isteri Khairul Fahmi Che Mat, Leuniey Natasha diusik pereka fesyen Ezuwan Ismail di laman twitternya, ramai menyangka bahawa pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Bagaimanapun, penjaga gol kebangsaan yang senang disapa panggilan Apex menegaskan bahawa isterinya itu masih belum mengandung lagi.

"Isteri saya masih belum mengandung lagi. Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakannya. Insya-Allah, saya akan berkongsi berita gembira ini nanti. Namun, setakat ini masih belum ada rezeki lagi.

"Apapun, terus-terang, kami memang menginginkan anak cepat. Sekali lagi, terima kasih kepada semua orang yang mendoakannnya," katanya
Menjelaskan lanjut mengenai berita ini, Apex tidak menyalahkan sesiapa jika ada yang beranggapan bahawa Leuniey sedang hamil ketika ini. .

Sebaliknya, Apex menganggap ini sebagai satu doa yang dari peminat yang tidak henti-henti menyokong kariernya.

"Seperti yang semua sudah sedia maklum, sangkaan ini timbul selepas isteri saya diusik Ezuwan Ismail. Saya tahu, semua orang menantikan berita gembira ini. Begitu juga saya dan Leuniey serta keluarga.

"Apapun, saya akan umumkannya kepada semua jika benar isteri saya sudah mengandung," jelasnya.

Difahamkan, Apex yang dilantik sebagai duta IM4U bakal menyertai kempen IM4U yang bakal diadakan di Putrajaya Ahad ini mulai jam 7 pagi. Oleh itu, Apex menyarankan peminatnya untuk turut serta program yang turut disertai Perdana Menteri Malaysia.




Rajagobal 'hala pisau' di leher



Kecewa tiada penyerang berbisa, kritik Liga-M benarkan pemain import

Shah Alam: Mungkinkah nasib Datuk K Rajagobal akan sama seperti dialami bekas jurulatih negara, B Sathianathan yang pernah dipecat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara tindakan mengkritik ‘Liga Malaysia bukan bola sepak’ pada 2009? 

Persoalan itu menjelma selepas pengendali skuad Harimau Malaya itu seakan-akan mempertikaikan keputusan badan induk membenarkan pemain import beraksi dalam Liga-M sehingga skuad bimbingannya ketandusan penyerang berbisa ketika tewas kepada Arab Saudi 4-1 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam kelmarin. 

"Di sini kita boleh nampak yang kita tidak ada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Tetapi inilah yang kita ada dan kena sedar satu gol yang kita dapat hari ini (kelmarin) adalah daripada Safiq Rahim, bukannya daripada penyerang kita." Rajagobal


Ketika pertembungan penting menentang Yaman dalam Kelayakan Piala Asia 2015 hanya berbaki tiga hari lagi Rajagobal menyuarakan betapa dia sudah ‘ketiadaan penyerang’ untuk mendapatkan gol untuk skuad Harimau Malaya.

Penyerang tak ada

“Di sini kita boleh nampak yang kita tidak ada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Tetapi inilah yang kita ada dan kena sedar satu gol yang kita dapat hari ini (kelmarin) adalah daripada Safiq Rahim, bukannya daripada penyerang kita.
“Kita kena buat sesuatu dan tahu situasi yang dihadapi sekarang. Kalau dibandingkan dengan Arab Saudi, mereka memiliki penyerang berbisa serta memiliki kemahiran yang baik.

Raja harap Wan Zack pulih segera

“Sekarang hanya Norshahrul Idlan Talaha penyerang sejati yang kita ada. Kamu boleh lihat, siapa penyerang dalam pasukan terbaik liga tempatan sekarang? Semua orang ada pendapat mereka tetapi bukan senang nak main di peringkat tinggi yang berbeza dari segi tahap dengan liga tempatan,” katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Bagaimanapun, Rajagobal berpuas hati dengan beberapa pemain yang diturunkan termasuk kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya dan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

“Kita kena yakin dan saya fikir kita ada tanda positif dalam separuh masa kedua. Baru kali pertama bermain, dia (Badhri) menunjukkan prestasi baik. Walaupun hanya 45 minit, saya berpuas hati dengan persembahan Piya termasuk Norazlan.

“Saya harap, Wan Zack Haikal Wan Nor dapat kembali dan kami memang perlukannya. Saya harap dia pulih dengan cepat kerana kalau kita nak main lebih kepada menyerang, kita perlukan pemain seperti ini,” katanya.



Jamalul Arah Tembak dan Lari





MANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) menyatakan para pengikutnya tidak akan berundur dari Sabah dan sekali gus mengarahkan mereka melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia, lapor akhbar The Philippine Star semalam.
Jamalul Kiram kelmarin berkata, para pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya, Azzimuddie Kiram berada di tanah air mereka (Malaysia).
“Mereka sudah berada di tanah air mereka (Malaysia), justeru kenapakah perlu pulang?” katanya kepada wartawan di kediamannya di bandar Taguig dekat sini.
Sementara itu, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani pula berkata, perjuangan di Sabah akan diteruskan.
Menurut beliau, gencatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Jamalul Kiram baru-baru ini telah ditarik balik dan para pengikutnya telah diarah untuk melaksanakan operasi ‘tembak dan lari’ terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Idjirani turut mendakwa Azzimuddie dan para pengikutnya masih berada di Sabah.



Kate: Saya Mahu Lelaki, Tapi William Inginkan Perempuan





LONDON, 19 MAC 2013: Sedang menunggu masa untuk memperolehi cahayamata pertama, Kate Middleton mengakui bahawa dia kalau boleh mahukan anak lelaki tetapi suaminya, Prince William pula lebih suka kalau mereka mendapat anak perempuan.

Duchess of Cambridge yang berusia 31 tahun ini berkata demikian ketika memperkatakan tentang persediaannya menjadi seorang ibu kepada Irish Guards di perarakan St Patrick baru-baru ini.

Guardmans Lee Wheeler berkata: "Saya berbual dengan dia (Kate) mengenai anak yang dikandungnya. Saya tanya sama ada ianya lelaki atau perempuan dan dia kata dia belum tahu.

"Namun dia kata, dia lebih suka anak lelaki tetapi William pula mahukan anak perempuan. Selalunya macam itulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri.

"Kemudian, saya tanya lagi, sudahlah dia memiliki beberapa nama untuk anaknya. Dia kata tidak. Saya kira dia lebih tunggu dan lihat serta memilih nama-nama yang tradisional," kata Wheeler.

Kate kini sedang hamil lima bulan setengah dan dia juga nampaknuya sudah tidak sabar untuk bergelar ibu dan dia juga memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk berjaga malam untuk anaknya nanti.



KesSahNya : Rahsia Rumahtangga Aidil - Rita Dibongkar





KUALA LUMPUR, 19 MAC 2013: Meksipun kes rumahtangga rumahtangga pasangan Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan sudah lama menjalani perbicaraan di mahkamah, namun kisah mereka masih lagi menjadi bualan hangat media termasuk portal murai.com.my.

Malah dalam Carta KesSahNya pada minggu ini, cerita mereka sahaja sudah mendominasi di antara 3 artikel yang menerima jumlah pembaca paling ramai.Namun, adakah artikel mengenai Rita Rudaini dan suaminya boleh menjadi juara Carta KesSahnNya minggu ini?

Semuanya akan terbongkar dalam video KesSahNnya minggu ini kerana terdapat sebuah arikel lagi mengenai pelakon Diana Danielle yang berada di carta teratas KesSahNya.

Selain itu, bagi segmen Seleb Vs GengMurai pula, artis yang terpilih pada minggu ini adalah Farid Kamil. Dengarnya Farid Kamil terpaksa meminta maaf secara terbuka. Tetapi berkenaan apa pula?

Semua teka-teki itu akan terjawab jika anda menonton KesSahNya minggu ini bersama hos Ieka dalam merungkai satu persatu mengenai artikel yang menjadi pilihan ramai pembaca di murai.com.my




Monday 18 March 2013

Cara buat DUIT SAMPINGAN dengan Churp - Churp


ASSALAMUALAIKUM :)


Apa itu churp - churp ?? Pebender tuh o.o  .. Hahahahha , sbenarnye churp - churp ni same je macam nuffnang tapi earning dia ni senang dpat . Kalau nuffnang lmbt skit tapi kalau dngan churp - churp ni kite share campaign yg dia bagi dan terus dapat duit sen - sen lah .. Tak lah bnyak tapi berbaloi untuk buat duit poket . Kalau yg ad blog dan ramai fans tuhh memang rugi lah kalau tak letak .. Syukur Alhamdullilah semakin hari semakin naik earning :D Tngok contoh kak lyssa ni ! Contohnye mcam ni SEPAK SINI




NAK REGISTER KE ?? BOLEH SNGAT !! NAK PIKIR DULU ?? TAK PAYAH PIKIR - PIKIR SEBB TAKDE RISIKO !! DAN DAPAT TAMBAH DUIT POKET !! 

Nak DAFTAR ?? OK KLIK SINI cepat - cepat !! 


1. Cuba korang Log in Churp - Churp korang sekarang , bagi yang sudah daftar ...

2. Dah kan ? Now , korang tekan Rewards !

3. Pilih campaign .

4. Scroll bawah and click save and copy . Lepas tu share lah dekat kengkawan :D


Tengah terpikir - pikir lagi nak Daftar ke tak ??! Tak payah lah fikir - fikir lagi . DAFTAR TERUS JE KAT SINI !  :D Selamat Mencuba :)

Insearch : 


Untuk Peminat, Aktor Lee Min Ho Jadi Penyanyi





SEOUL, 17 MAC 2013: Demi membalas jasa kesetiaan peminat yang tidak henti-henti menyokong kariernya sebagai pelakon, aktor kacak dari Korea Selatan, Lee Min Ho bakal menjadi penyanyi profesional untuk peminatnya di seluruh dunia.

Perkara ini telah disahkan pihak pengurusan Lee Min Ho iaitu Starhaus Entertainment yang telah mengumumkannya pada 14 Mac 2013.

"Pada Mei ini, kami akan pasarkan sebuah album Lee Min Ho bersempena siri penjelahan Lee Min Ho yang akan dimulakan di Korea dan berakhir di beberapa lokasi luar negara pada penghujung Mei," kata wakil dari Starhaus Entertainment.

Bagaimanapun, pihak pengurusan menjelaskan dengan wujudnya album ini, ia bukan bermakna Lee Min Ho akan bergelar penyanyi secara profesional. Faktor utama album ini diterbitkan sebagai pelengkap dan memenuhi permintaan peminatnya.

Difahamkan, pelakon drama City Hunter telah memilih lokasi penjelahan iaitu China, Jawapn, Taiwan, Thailand dan Filipina.

Apa yang pasti, untuk album ini, Lee Min Ho telah membuat persiapan dan proses rakaman sejak dua tahun lalu. Wang jualan album ini akan didermakan kepada badan kebajikan yang terpilih.

"Saya hanya membuat hadial kecil untuk peminat saya. Saya harap ia menggembirakan semua. Saya telah buat yang terbaik dalam lakonan dan terus memperbaiki mutu lakonan saya. Terima kasih kerana sokong dan menyayangi saya," kata Lee Min Ho.




Sunday 17 March 2013

Tutorial : Letak LIKE FANPAGE FACEBOOK dalam Blog



Assalamualaikum :)


Kali ni ak nk ajar korang macam mane nak letak Like Fanpage Facebook dalam Blog korang .. Sangat mudah dan nk pasang dia macam kacang .. Kacang Hijau xD 
Tngok step - step bawah ni :D


1. Pergi Bukak Fanpage Facebook korang .

2. Tengok di bahagian atas sekali , link/address Fanpage korang . Copy Link tu.

3. Now , (KLIK SINI)

4. Pastu dia Keluar Macam ini : ( Pastekan link fanpage korang tadi )


Warna Merah : URL Fanpage koranglah .
Warna Biru    : Besar mane korang nak .. Pandai2 lah ejas xD

5. Then , Tekan Get Code !

6. Copy Code Tersebut Terlebih dahulu . Sebelum Copy , Tick bahagian ini :


7. Dan cara letak pulak .. Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

8. Copy code tadi , and paste kat ruangan html/javascript tu ;)

9. Pastu preview .. Kalau dah jadi tekan save cepat - cepat xD

Kalau ada sebarang masalah jgan segan - segan nk komen :D   Chauuuuu Lu !




Aeril Zafrel Sah Berlakon Filem Hollywood





KUALA LUMPUR, 15 MAC 2013: Aktor Aeril Zafrel hari ini mengesahkan pembabitannya sebagai pelakon dalam sebuah filem Hollywood. Lebih menarik lagi, aktor berusia 26 tahun ini dikhabarkan akan bergandingan dengan pelakon handalan Christina Ricci dan Sharon Stone.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari berkata, pembikinan filem itu sedang diadakan di London namun dia tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai filem itu kerana terikat dengan perjanjian dengan pihak produser.

Menceritakan pengalaman bagaimana dia terpilih, Aeril berkata seorang kenalannya di London meminta dia menghantar profil kerjayanya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak produser terus menghubungi aktor itu kerana mendapati dia menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu.

"Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser," katanya.

Dalam pada itu, Aeril turut mengakui gambar seorang lelaki di samping Christina adalah dirinya dan ia dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem berkenaan.

Aeril berkata, muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal filem romantik itu yang menjalani penggambaran di London, England.

"Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina (Ricci) dalam gambar itu diri saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem terbabit yang masih belum ada judul rasmi.

Penggambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun ini.

"Saya rasa macam bermimpi apabila dapat berlakon dengan produksi Hollywood selain pelakon besar seperti Christina dan Sharon," katanya lagi.




Malaysia jumpa Juara Dunia Australia di Final





Image © AFP 
Jali Faiz Helmi (kanan) cuba merampas bola daripada pemain India, Mandeep Singh.

IPOH, (BERNAMA) - Malaysia layak buat kali keempat pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 selepas seri 2-2 dengan India pada perlawanan akhir pusingan awal di sini, malam ini.

Malaysia akan berdepan dengan juara dunia Australia pada final esok.

Australia menamatkan saingan pusingan awal dengan rekod tanpa kalah apabila menungguli kedudukan dengan 11 mata manakala Malaysia turut mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengutip sembilan mata di tangga kedua.

Malaysia, yang tidak pernah menjuarai kejohanan ini sejak 1983, kali terakhir kalah kepada Australia 3-1 pada final edisi 2007.

Kali terakhir Malaysia ke final ialah pada 2009 apabila kalah 3-1 kepada India dan tahun lepas menduduki tangga keenam daripada tujuh pasukan.

Selepas Australia mengesahkan tempat ke final dengan mengalahkan juara bertahan New Zealand 3-2, kedudukan Malaysia sudah terjamin namun anak buah Paul Revington tetap mempamerkan aksi cemerlang menentang India.

Pasukan yang diketuai Mohd Shahrun Nabil mendahului perlawanan seawal minit keenam menerusi Faisal Saari yang menyempurnakan pukulan sudut penalti.

India bagaimanapun seolah-olah tidak membenarkan Malaysia melalui jalan yang mudah apabila menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mandeep Singh pada minit ke-20.

Persembahan pada separuh masa kedua, pasukan negara dilihat dapat menyerap paluan gendang, sorakan serta nyanyian semangat sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi lebih 12,000 penonton yang memenuhi setiap ruang Stadium Azlan Shah di sini.

Malaysia kemudian dilihat mengendurkan serangan ke atas pintu gawang pasukan India yang dketuai Danish Mujtaba apabila tidak banyak  melakukan percubaan berbahaya berbanding pada separuh masa pertama.

Gol daripada Rupinder Pal Singh yang menyempurnakan pukul sudut penalti pada minit ke-48 menggegarkan gawang Malaysia yang dikawal  S.Kumar, sekali gus meletakkan anak buah Nobbs Michael Jack di hadapan.

Dua minit sebelum perlawanan tamat, pasukan negara diberikan pukulan sudut penalti, bagaimanapun ia disia-siakan. Sejurus selepas itu  Malaysia diberikan pukulan penalti dan berlaku pertikaian daripada pemain India.

Faisal Shaari akhirnya memuktamadkan rekod tanpa kalah pasukan negara menerusi pukulan penalti selepas pengadil Lim Jung Woo dari Korea ZSelatan tetap dengan keputusan berkenaan dan ia membuatkan penjaga gol India, Sushat Singh tersungkur.

Pada sidang media selepas perlawanan tamat, Revington berkata anak buahnya memperlihatkan peningkatan dalam permainan dan India juga mempamerkan saingan
yang baik.

Bagi perlawanan esok, katanya sudah tentu ia satu perlawanan yang sukar memandangkan Australia berada di ranking kedua dunia manakala Malaysia di tangga ke-13, bagaimanapun pasukannya akan mempamerkan usaha dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi.

Bagi Faisal pula berjanji beliau dan seluruh pasukan negara akan mengawal permainan sebaik mungkin dan mahu penyokong memberikan sokongan tidak berbelah bahagi untuk menjuarai kejohanan itu buat kali pertama menerusi final pada malam esok.

Pada perlawanan sebelah petang, Korea Selatan dan Pakistan sekadar seri 2-2.




Rajagobal tuntut aksi mantap Anak buah





Image © AFP
Malaysian Head coach Datuk K Rajagobal (L) and team captain Safiq Rahim attend a pre match press ahead of their FIFA World Cup Asian qualifier 2014 in Singapore on July 22, 2011.

PETALING JAYA, (Bernama) - Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal mencabar pemain skuad Harimau Malaya membuktikan kebolehan mereka ketika menentang Arab Saudi pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam,  malam esok.

Beliau berkata pemain yang diberi peluang beraksi perlu mempamerkan persembahan terbaik masing-masing bagi mengukur persiapan mereka untuk menentang Yemen dalam perlawanan penting Kumpulan D pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di venue yang sama pada 22 Mac.

Malaysia kalah 2-0 kepada Qatar pada perlawanan pembukaan pusingan kelayakan kejohanan itu di Al-Sadd Stadium, Doha, pada 6 Feb lepas.

"Saya tak mahu pemain memandang ringan perlawanan ini kerana ia merupakan perlawanan penting untuk saya menilai prestasi mereka menjelang pertemuan penting dengan Yemen nanti.

"Perlawanan ini juga memberi peluang terbaik kepada anak buah saya untuk membuktikan kebolehan mereka apabila menentang antara pasukan terkuat Asia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma FAM, di sini, hari ini.

Rajagobal berkata tiga pemain Harimau Malaya tidak dapat beraksi pada perlawanan malam esok kerana cedera dan mereka ialah pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Nor, pemain pertahanan Angkatan Tentera Amiridzwan Taj Tajudin serta pemain pertahanan Kelantan Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim.

"Wan Zack dan Amiridzwan cedera ketika menjalani latihan pusat di sini, manakala Mohd Shahrul Azim cedera teruk di bahagian buku lali ketika beraksi pada Piala AFC menentang Kelantan baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, wakil Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) Khalied Al-Woeiser berkata perlawanan persahabatan itu merupakan sebahagian daripada persiapan Arab Saudi untuk bertemu Indonesia bagi perlawanan Kumpulan C Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 23 Mac.

"Kami pilih Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan kerana negara ini mempunyai persamaan daripada segi cuaca dengan Indonesia dan jurulatih kami (Juan Ramon Lopez Caro) akan menurunkan barisan pemain terkuat ketika menentang Malaysia sebagai persiapan kami untuk bertemu Indonesia," katanya.  

Kini, Arab Saudi menduduki tangga teratas bagi Kumpulan C setelah mengalahkan China 2-1 di Damman, Arab Saudi pada 6 Feb.




Seorang pengganas ditahan di Felda Sahabat hari ini - Polis






LAHAD DATU, (Bernama) - Pihak keselamatan negara berjaya menahan seorang individu dipercayai pengganas dari Sulu di kawasan Felda Sahabat di sini hari ini.

Tanpa menyatakan lokasi militan itu ditahan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pengganas tersebut ditangkap pukul 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar, di sini hari ini.

Hamza berkata sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang.

Menurutnya operasi penggeledahan, menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok.

Penduduk kampung dan media juga diingatkan supaya tidak memasuki kampung itu kerana dipercayai musuh kini bergerak dalam kumpulan kecil dengan jumlah keseluruhan pengganas yang tinggal dianggar kurang daripada 50 orang.

"Dalam konteks ini kerjasama masyarakat dan orang ramai diperlukan terutama menyalurkan maklumat supaya saki-baki pengganas dapat ditangkap atau dihapuskan," katanya.

Hamza berkata pasukan keselamatan juga sedang berusaha mengeluarkan 10 mayat pengganas yang masih berada di Kampung Tanduo.

Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.

"Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya.



Justin Bieber Hisap Ganja Di Amsterdam ?





LOS ANGELES, 13 MAC 2013: Idola remaja pujaan terkenal seluruh dunia, Justin Bieber, yang dahulunya menjadi inspirasi kepada semua remaja seusianya telah dilaporkan mula berjinak-jinak dalam pengambilan ganja.

Cerita ini mulai tercetus apabila Justin dilihat mengunjungi 'coffee shop' ketika berada di Amsterdam, Belanda baru-baru ini.

Amsterdam yang sinonim dan sering dikaitkan dengan kanabis atau ganja kerana kota tersebut tidak mengharamkan pengambilan ganja walaupun ditempat terbuka.

Coffee shop pula merupakan lokasi di mana para pelanggan boleh mendapatkan dadah tersebut secara mudah.

Kunjungan Justin Bieber ke Amsterdam baru-baru ini telah membawanya mengenali kota itu dan dilihat memasuki beberapa 'coffee shop' untuk merasakan sendiri keseronokan menghisap ganja.

Menurut sumber yang dipetik dari blog popular Perez Hilton, Justin telah mengunjungi De Melkweg, sebuah kelab malam di Amsterdam namun kehadirannya tidak dilayan kerana terlalu ramai orang yang mengunjungi kelab itu hingga Justin Bieber pun tidak dihiraukan pihak pengurusan kelab itu.

Selepas insiden tersebut, dia dilihat menukar haluannya daripada berparti ke Easy Time iaitu sebuah 'coffee shop' dan telah dilihat menghisap ganja dan menikmati kek yang dipercayai 'space cake' iaitu kek yang mengandungi ganja di dalamnya.

Tidak habis disitu, penyanyi tersebut telah dikatakan membeli cenderahati daripada 'coffe shop' tersebut bernilai hampir 200 euro untuk diberikan kepada ahli keluarganya dan kelengkapan menghisap ganja yang dipercayai untuk kegunaannya sendiri.

Alamak! Apa sudah jadi dengan Justin Bieber? Diharap perbuatan tidak bermoral ini akan dijadikan iktibar untuk semua peminatnya di luar sana.




Aidil Menangis Kerana Dipaksa Bercerai - Rita






KUALA LUMPUR, 13 MAC 2013: Kisah rumahtangga pelakon cantik, Rita Rudaini bersama pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan masih belum temui kata putus lagi.

Namun, Rita sudah tidak lagi berahsia perkara yang berlaku terhadap dia dan Aidil.

"Kisah rumah tangga saya masih belum selesai lagi. Sebelum ianya selesai, saya mahu perkara yang tertunggak darinya diselesaikan terlebih dulu sebelum kami sah bercerai.

"Saya tidak setuju untuk bercerai dengannya, kerana saya mahu memperjuangkan hak saya sebagai seorang isteri dan hak anak-anak kami.

"Nak lafaz cerai itu memang senang, tetapi cubalah fikir dulu dan selesaikan tanggungjawab yang masih lagi tertangguh," katanya

Dalam pada itu, Rita turut memberitahu kisah rumahtangga mereka menjadi tidak tentu hala apabila melibatkan orang lain yang terdiri daripada ahli keluarga Aidil sendiri.

"Rumahtangga saya telah diatur oleh orang lain dan orang itu datang dari keluarga Aidil sendiri. Aidil pernah membuat pengakuan pada saya.

"Dia juga pernah menangis kerana dia telah dipaksa oleh orang berkenaan untuk bercerai dengan saya.

"Oleh kerana itu juga, saya telah ambil masa dua bulan untuk menerimanya semula sebagai suami.

"Dari situlah, saya berikan kata putus kepada Aidil dengan meletakkan syarat agar rumahtangga saya tidak diatur oleh orang lain," jelasnya.

Tidak mempersoalkan lebih mengenai umur Aidil yang lebih muda darinya, Rita masih tahu batasan sebagai isteri.

"Dari dulu lagi, memang ada orang lain yang cuba masuk campur.

"Kami pernah berbincang dan saya juga telah tegaskan kepadanya jangan melibatkan orang lain dalam hal rumahtangga.

"Apapun, saya tahu dia masih lagi muda. Semasa kahwin pun, saya banyak mengikut cakap dia saja.

"Malah, setiap kali saya mendapat tawaran berlakon drama baru, saya akan minta pendapat daripadanya.

"Saya mahukan keluarga bahagia. Saya perlukan pendapat dari seorang suami. Kalau saya nak keluar ke Giant  depan rumah pun, saya akan minta izin daripadanya," ujarnya.




G-Dragon Ternyata Bekas Penari Ballerina





SEOUL, 14 MAC 2013: Ketika terlibat dengan penggambaran sebuah drama baru untuk stesen TV SBS berjudul Thank You, ahli Big Bang iaitu G-Dragon telah melahirkan rasa hormat kepada penari ballerina Kang Soo Jin.

Malah, G-Dragon tanpa segan silu mengakui pernah menjadi penari ballerina ketika di bangku sekolah.

"Sebenarnya, saya pernah mengambil kelas menari ballerina ketika saya masih kecil lagi," ujarnya.

Meneruskan penjelasan, G-Dragon menyifatkan kelas menari yang dihadirinya ketika kecil itu adalah atas kehendak ibunya.

"Walaupun pada mulanya saya tidak mahu menjadi penari ballerina, tapi ibu saya telah memaksa saya menghadiri kelas tersebut.

"Selepas masuk, cikgu telah memaksa saya memakai pakaian ballet wanita.

"Saya telah memakai seluar ketat berwarna merah jambu bersamam tutu.

"Saya berasa sangat malu dan menangis dengan menolak paksaan itu," jelasnya.




Saturday 16 March 2013

Harimau Malaya tagih bisa Piya





SELEPAS sekian lama diselubungi kontroversi, kapten Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi akhirnya dipanggil memperkuat Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen di Stadium Shah Alam pada 23 Mac ini.

Badhri yang mesra dengan panggilan Piya, bakal menyertai 27 pelatih Harimau Malaya yang akan berkumpul di latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 11 Mac ini.

Sebelum berdepan Yemen, Harimau Malaya bakal diuji Arab Saudi dalam satu aksi persahabatan (17 Mac) selain turut dijadualkan berdepan Palestin dalam satu perlawanan amal di Kuantan, Pahang pada 26 Mac.
http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_19945.gif?1790804596
Sebelum ini, nama Piya sering menimbulkan perdebatan dalam kalangan penyokong tempatan kerana tidak berada dalam perancangan Rajagobal mengharungi beberapa perlawanan utama biarpun beraksi cemerlang bersama The Red Warriors.

Selain Piya, antara nama yang kembali tersenarai kali ini termasuklah Abdul Manaf Mamat dan juga Safiq Rahim yang sebelum ini terlepas aksi berdepan Qatar gara-gara menjalani hukuman penggantungan perlawanan.

Begitupun, pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal menangkis dakwaan bahawa Piya dipanggil semata-mata bagi memenuhi kehendak penyokong.

Sebaliknya, beliau memberitahu, kredibiliti Piya tidak wajar disangkal dan telah lama berada dalam perancangan Rajagobal.

“Jika diikutkan, nama Piya ada sebelum berdepan Qatar, namun Amri Yahyah yang lebih versatil dilihat lebih sesuai bagi menampung ketiadaan beberapa pemain utama yang tercedera ketika itu.

“Kewibawaan Piya tidak wajar dipersoalkan mana-mana pihak. Kami bukan mengamalkan dasar pilih kasih dalam mengenal pasti pemain terbaik. Piya layak kerana dia layak, bukannya kerana desakan mana-mana pihak,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ketika ditanya mengapa sekarang Piya dipilih dan bukannya ketika misi mempertahankan Piala Suzuki AFF tahun lalu, jelas Subahan: “Masa itu, Piya baru sahaja membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia.

“Sepatutnya, perkara ini tidak lagi disensasikan. Yang penting, Piya harus membuktikan kredibilitinya bersama skuad kebangsaan.”

Untuk rekod, kali terakhir Piya menyarung jersi kebangsaan ialah ketika berdepan Chelsea dalam satu aksi persahabatan di bawah kendalian Ong Kim Swee pada Julai 2011.

Dia merupakan antara ‘arkitek’ terbaik negara apabila membantu skuad kendalian Bojan Hodak menjulang gelaran trebel musim lalu.

Dalam pada itu, Subahan mahu pemain negara menganggap pertemuan dengan Yemen sebagai misi ‘hidup mati’ Harimau Malaya bagi menghidupkan peluang menyambar slot pusingan akhir Piala Asia 2015 yang bakal berlangsung di Australia.

“Saya percaya kekalahan 0-2 kepada Qatar tempoh hari mematangkan pemain supaya lebih berwaspada ketika berdepan Yemen nanti.

“Jadi, kami wajib memenangi perlawanan itu,” kata- nya.



2 Beradik berkurung 12 Hari sembunyi daripada Pengganas





LAHAD DATU – “Walau apa pun jadi, saya tak akan tinggalkan adik saya. Dia lumpuh. Saya tak boleh fikir nyawa saya seorang. Saya tekad, biar matipun kami tetap akan bersama.”

Itu luahan Kassim Ajirul, 65, apabila berjaya dibawa keluar dari tempat tinggalnya, selepas 12 hari serangan pengganas bersenjata yang mendakwa diri mereka tentera kesultanan Sulu.


Kassim tinggal dengan adiknya, Rasidah Ajirul, 42, yang lumpuh di Kampung Tanjung Batu sejak setahun lalu. Sejak melihat kelibat pengganas bersenjata berkeliaran di hadapan rumah, nyawa diserah sepenuhnya kepada Yang Maha Pencipta.
“Saya tak berani bergerak. Pengganas bersenjata itu ada di bawah dan sekitar rumah.
“Rumah saya berlantaikan papan. Jika bergerak, pasti berbunyi. Mudah sangat mereka akan kesan kami. Berengsot sedikitpun saya sangat takut,” katanya menceritakan detik debar bersembunyi dalam rumah sendiri, kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, hidup mereka susah dan tiada kereta. Kalau mahu keluar dari kampung, dia perlu kendong adiknya bersama.
“Kaki adik saya lumpuh. Pergerakannya terbatas. Badan dia pula agak bersisi. Saya tidak berdaya mengangkatnya. Tapi saya juga tidak boleh tinggalkan dia.
“Selepas kejadian tembak dan ada dua polis mati itu, semua orang cuba selamatkan diri dan keluarga masing-masing. Tak kan nak tunggu kami. Kami ditinggalkan.
Jadi saya nekad dan buat keputusan walau apa terjadi, saya akan tetap bersama Rasidah,” katanya yang menghidap penyakit darah tinggi kronik.
Bekas tentera yang perkhidmatan terakhirnya lebih 20 tahun lalu di Pulau Pinang itu berkata, sepanjang 12 hari itu, mereka hanya makan bubur nasi sekali sehari sahaja bagi mengalas perut.
“Saya masak curi-curi. Mesti pastikan tiada bunyi, asap atau bau yang boleh buat musuh tahu. Sepanjang 12 hari itu masa kami lebih banyak dihabis bersembunyi dalam bilik adik saya itu.
“Kerana terlalu takut dengan kelibat pengganas, kami tidur di bawah lapisan tilam-tilam. Manalah tau tiba-tiba mereka masuk, setidaknya mereka tak nampak kami ada di dalam rumah.”
Bagaimanapun episod hitam Kassim dan adiknya itu berakhir apabila dia ternampak sepupunya yang dikenali Rahman secara kebetulan memasuki kampung berkenaan difahamkan bagi mengambil dokumen penting selepas 12 hari kejadian.
Seperti sinar baru hidupnya, dia memanggil Rahman. Rahman yang terkejut dengan panggilan itu terus menerpanya.
“Kata Rahman, kehilangan saya dan adik jadi bualan orang kampung sejak 1 Mac lalu.
“Apa boleh kami buat… kami tidak ada hala tuju. Kami juga tidak punya telefon untuk telefon sesiapa,” nada suara Kassim seperti mengeluh.
Lebih mengejutkan, Kassim juga langsung tidak mengetahui gugurnya dua wira negara sehinggalah ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara, Dewan Fajar Harapan, Lahad Datu.
“Ya ALLAH… aku bersyukur kepada MU. Sekali lagi engkau berikan peluang kepada aku dan adik untuk meneruskan kehidupan.”
Tiba-tiba ucapan itu keluar dari mulut Kassim. Butir jernih menitis. Segera dikesatnya.
Berkali-kali Kassim melahirkan rasa syukur dengan peluang kedua diberikan ALLAH kepadanya itu.
“Jika kami larikan diri, nasib kami belum diketahui. Mungkin ditangkap pengganas. Mungkin kami diapa-apan,” kata Kassim kembali meluah rasa hatinya.
Sementara itu, Sandhora, Kadre, 40, anak saudaranya yang mengaturkan pertemuan kami dengan Kassim berkata, sebaik mengetahui penemuan bapa saudaranya itu, dia terus ke rumah ustaz untuk mengadakan doa selamat.
“Itu respons spontan saya. Kami bersyukur sangat-sangat kerana sejak hari kejadian, kami terputus hubungan terus.
“Suami saya ada membuat pemeriksaan di beberapa kawasan termasuk hospital, tetapi usaha kami gagal menemui pak cik,” katanya.



Pelakon OST Mimpi Cinderella : ‘Dia kata mahu bela saya’





“Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta.
“Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya,” kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman berkata, kejadian di hotel itu berlaku kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu, dua hari selepas dia membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit kerana didakwa menipu. Pelakon itu yang memegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan filem Ratu, berkata sebelum itu dia hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,00.
“Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima,” katanya.

Menurutnya, untuk membeli kereta idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai, tetapi kereta yang dijanjikan masih belum diterima.


' Raja Muda ' Cabut Lari !




Selepas lebih sebulan mengetuai pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, akhirnya ketua pengganas Abgimudin Kiram yang mendakwa dirinya Raja Muda Sulu disahkan sudah melarikan diri ke selatan Filipina, meninggalkan pengikutnya sendirian menghadapi pasukan keselamatan yang memburu mereka.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata, daripada maklumat dan risikan diperoleh, pihaknya yakin Abgimuddin sudah meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.

“Berdasarkan sumber tertentu, hanya pengikutnya kini berkeliaran di kawasan operasi manakala dia sudah meninggalkan Sabah, pulang ke selatan Filipina.
“Namun, Op Daulat masih diteruskan dan pasukan keselamatan kini mula memasuki Tanjung Batu untuk melakukan penggeledahan dan pembersihan,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi. Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Bagaimanapun, Zulkifeli tidak mengulas lanjut bagaimana dan bila Abgimuddin dapat meloloskan diri.

Ditanya mengenai perkembangan terkini saki-baki kumpulan pengganas di Lahad Datu, Zulkifeli memberitahu mereka kini bergerak dalam kumpulan kecil, namun tiada pertempuran berlaku semalam.



Copyright By Ahmad Rifa' i